Liputan Media Hari Bertemu Pembekal Peringkat Zon Utara di UiTM Cawangan Pulau Pinang
14 November 2025
Seberang Perai, 27 Julai 2023 - Program Hari Bertemu Pembekal eP peringkat Zon Utara anjuran Kementerian Kewangan Malaysia telah menerima kehadiran YB Steven Sim, Timbalan Menteri Kewangan II. Kehadiran beliau disambut oleh Setiausaha Bahagian Perolehan Kewangan, En. Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan, En Ahmad Yudi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif CDC, En Muzafar Kamal Shahaluddin.
Program kali ini telah mendapat perhatian lensa media arus perdana. YB Steven berkesempatan meluangkan masa hampir satu jam untuk bertemu dan beramah mesra dengan pengguna pembekal sistem eP yang hadir sekitar utara tanahair.
Secara keseluruhan, Hari Bertemu Pembekal eP bagi Zon Utara telah mendapat sokongan daripada 10 pegawai Unit Pendaftaran Syarikat yang mana jumlah kehadiran pembekal adalah lebih 100 orang. Berkonsepkan sesi Daftar & Lulus Sijil Kementerian Kewangan, kadar kelulusan permohonan direkodkan melebihi 70 peratus. Sesi tersebut juga turut disertai oleh pihak CDC dalam memberikan khidmat rundingan kepada pembekal dan BigDataworks Sdn Bhd yang menyediakan kemudahan bagi semakan maklumat data perniagaan secara sah menerusi portal MyDATA-SSM.
Listed below are all the media coverage of the momentous occasion


