cdc-logocdc-logocdc-logocdc-logo
  • About
    • About Us
    • Our Identity
    • Our Way Forward
      • Future eGP
      • Centre Of Excellence
    • Our Leadership
    • Our Subsidiaries
    • Awards & Recognition
  • Solutions
    • Electronic Procurement
    • Services
  • Governance
    • Sustainability
    • Policies & SOPs
    • Whistleblowing
    • Cyber Security
  • Resources
    • Insight
    • Initiatives
    • Press Releases
  • Career
    • Working at CDC
    • Job Openings
  • Contact Us
✕
Published by bikebear on March 4, 2016

Share media on:

HOME / PRESS RELEASES / Sistem ePerolehan kerajaan kekalkan pensijilan ISMS

Sistem ePerolehan kerajaan kekalkan pensijilan ISMS

4 March 2016

Sistem ePerolehan kerajaan kekalkan pensijilan ISMS

KUALA LUMPUR: Infrastruktur sistem perolehan kerajaan, Sistem ePerolehan, berjaya mengekalkan pensijilan ISO/IEC 27001: Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) 2013 bagi tempoh tiga tahun lagi berkuat kuasa dari 27 November 2015.

Menurut Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDCSB), ISMS adalah polisi yang sistematik dan berstruktur dalam memastikan data serta maklumat yang berkaitan dengan perolehan sentiasa dalam keadaan yang selamat.

Pelaksanaan ISMS meliputi dasar, proses, prosedur, struktur organisasi serta fungsi perkakasan dan perisian.

Keselamatan infrastruktur sistem perolehan kerajaan itu sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi mencapai standard antarabangsa dan bersedia berhadapan sebarang ancaman siber, menurut CDCSB dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

CDCSB selaku syarikat bertanggungjawab menyelenggara sistem tersebut sejak 2000 sehingga kini turut terlibat dengan matlamat itu, menurutnya.

Majlis penyampaian ISO/IEC 27001:2013 Sistem ePerolehan diadakan di Kementerian Kewangan, Putrajaya, pada 5 Februari 2016.

"Pengiktirafan ini menunjukkan Sistem ePerolehan berjaya mengekalkan kualiti keselamatannya memandangkan ia pernah menerima pensijilan ISMS buat kali pertamanya pada 2012 bagi MS ISO/IEC 27001:2007.

"Pentauliahan pensijilan ini adalah bertepatan dengan inisiatif yang komprehensif dan komitmen tinggi untuk meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan operasi Sistem ePerolehan yang diklasifikasikan di bawah Prasarana Maklumat Kritikal Negara (CNII)," menurut kenyataan itu.

Setakat ini, Sistem ePerolehan digunakan oleh 2,648 Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah kerajaan dan 113,900 pembekal berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

Kabinet Malaysia, melalui Pelan Pengurusan Krisis Siber Negara (NCCMP), yang dibangunkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Februari 2010, mengarahkan kesemua sistem yang diklasifikasi sebagai CNII perlu mendapatkan pensijilan ISMS dalam tempoh tiga tahun. - BERNAMA

Listed below are all the media coverage of the momentous occasion

berita harian Sistem ePerolehan kerajaan kekalkan pensijilan ISMS

Other Posts

More Updates
Press Release

Pengaktifan Pembekal Bagi Sistem ePerolehan Baharu

24 August 2017
Read More
Press Release

PSG is Now Certified with ISO Anti-Bribery Management System

14 November 2025
Read More
News

ePerolehan Contact Centre gets ISO certification

21 November 2019
Read More

Our Subsidiaries

CDCi

CASB

Quick Links

About Us

ePerolehan

Cybersecurity Governance

 

eP Self Help

eP Service Centres

eP Training

 

News

Insights

Initiatives

Press Releases

Careers

Employee Portal

Connect with us

How can we assist you?

Contact us

Sitemap

Privacy

PDPA

Cookie Notice

Copyright © 2026 Commerce Dot Com Sdn Bhd. All rights reserved