Bajet 2018: Peruntukan Besar IKS, Bakal Tingkatkan Prestasi Sistem ePerolehan Baharu
31 October 2017
PETALING JAYA, 31 OKTOBER 2017 – Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) sebagai penyedia sistem ePerolehan mengalu-alukan pengumuman Bajet 2018 yang holistik, inklusif, dan berdaya maju. Peruntukan yang besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang melebihi RM20 bilion akan menggalakkan pertumbuhan seluruh ekosistem perniagaan termasuklah Sistem ePerolehan.
Seiring dengan sasaran pembangunan PKS, CDC juga giat di dalam fasa akhir bagi pelancaran sistem ePerolehan Baharu menggantikan sistem sedia ada pada 1 Januari 2018. Antara spesifikasi rekaan sistem tersebut ialah membuka jalinan perniagaan kumpulan PKS dengan pihak Kerajaan Persekutuan menerusi pendaftaran Akaun Asas – transaksi pembekal yang tidak melebihi RM20,000 setahun.


