Pengaktifan Pembekal Bagi Sistem ePerolehan Baharu
24 August 2017
PETALING JAYA, 24 OGOS 2017 - Bermula 1 Januari 2018, sistem perolehan elektronik Kerajaan Malaysia, iaitu ePerolehan (eP) akan dinaiktaraf kepada Sistem ePerolehan Baharu. Mulai tarikh tersebut, semua urusniaga perolehan Kerajaan untuk bekalan dan perkhidmatan (bukan perunding) akan menggunakan sistem baharu tersebut.
Bagi memenuhi keperluan pelaksanaan sistem tersebut, syarikat pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) di seluruh negara perlu bersedia sebelum Sistem ePerolehan Baharu beroperasi dengan menyertai aktiviti utama persediaan pembekal iaitu program pengaktifan pembekal agar pembekal dapat bertransaksi selepas tarikh pelancaran sistem tersebut. Sehingga kini, terdapat lebih 150 000 pembekal seluruh negara yang berdaftar dengan MoF.


