Sistem ePerolehan Beroperasi dan Boleh Di Akses Sepanjang PKP
20 March 2020
PETALING JAYA, 20 March 2020 — Sistem ePerolehan adalah antara perkhidmatan penting negara (essential services) di bawah Warta Kerajaan Persekutuan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 oleh Jabatan Peguam Negara.
Sistem ePerolehan beroperasi dan boleh diakses pada sepanjang masa bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 hingga 31 Mac 2020. Pengendali sistem ePerolehan, Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) komited dalam memastikan semua urusan perolehan Kerajaan terutamanya operasi bagi menangani wabak COVID-19 ini dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar.


