Sistem ePerolehan Kerajaan Kalis Krisis
14 November 2025
PETALING JAYA, 10 OGOS 2020 – Kesan dari penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia pada 18 Mac 2020 yang berlarutan selama 8 minggu diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 5 minggu telah mengubah landskap Malaysia dan dunia. Pasca Covid-19 menyaksikan negara telah meletakkan transformasi ke arah pendigitalan dan teknologi sebagai fokus utama untuk pemulihan dan penjanaan ekonomi.


